Thursday 28 January 2010

Pelbagai cara untuk kita menyubur dan mengembangkan potensi kreativiti dalam diri kita, berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh membantu kita ke arah itu;
1. Visualize - terjemahkan idea kita ke dalam bentuk yang boleh digambarkan. Buat satu gambaran yang jelas setiap langkah untuk mencapai apa yang kita hajati dalam pembentukan idea kita itu. Gambaran itu hendaklah memperlihatkan kejayaan idea kita itu sepenuhnya walaupun masih dalam perancangan lagi. Gambaran itu juga mestilah memberitahu kita secara tepat di mana kita harus bermula.

2. Put the pen to paper - Menulis sendiri lakaran idea ke atas kertas, ini akan merangsangkan minda untuk melakukan pemeringkatan dalam tindakan kita berikutnya, simpan lakaran kita itu dan sentiasa melihatnya untuk membuat penambahbaikan dan motivasikan diri untuk melaksanakan apa yang telah kita lakarkan itu untuk menjadi kenyataan.

3. Be open to change - Adalah sukar untuk seseorang bersifat kreatif apabila kita berada dalam situasi yang rutin. Kita harus menambahkan aktiviti mental dan fizikal dalam usaha untuk menambahkan kreativiti. Ini kerana kreativiti itu sendiri berasal daripada dua patah perkataan iaitu create and activity (cipta dan melakukan tindakan /aktiviti). Jadikan diri kita sendiri terkejut dengan penemuan kita sendiri. belajar lebih, lebihkan mencuba, cuba lakukan banyak perkara. Semuanya ini akan membuat kita teruja untuk berubah dan melakukan perubahan. Kita hendaklah berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat dalam sesuatu perkara yang hendak kita ubah, membuang mana-mana maklumat yang tidak bermanfaat kemudian gunakan cara dan gaya kita sendiri, personaliti dan kebijaksanaan kita untuk mencipta sesuatu yang lebih baik daripada biasa....
SELAMAT MENCUBA...

Tuesday 26 January 2010

Kepada semua pemimpin-peminpin pelajar SMK Mutiara, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya, saya mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas perlantikan anda semua sebagai pemimpin kecil Sekolah. Harapan cikgu agar kamu semua dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sempurna, anggaplah ini merupakan sumbangan dan khidmat bakti anda untuk SMK Mutiara yang tercinta ini. Segala khidmat yang telah dan akan anda berikan untuk sekolah cikgu sangat berterima kasih. Tapi satu sahaja pesan cikgu...sebelum anda membimbing dan memimpin pelajar lain, bimbinglah dan pimpinlah diri anda sendiri terlebih dahulu supaya diri anda sendiri dapat memberi gambaran yang baik kepada semua pelajar yang anda bimbing dan pimpin itu. Selamat bertugas putera-puteriku...Cikgu bangga dengan anda semua!!!! All the Best !!!!

CABARAN...


Semakin sehari semakin banyak cabaran yang mendatang, tapi cabaran inilah yang akan mematang dan mendewasa dan mentuakan kita dalam pemikiran...Buah kelapa yang semakin tua semakin banyak santannya...itulah yang manisnya kehidupan...Hanya dengan doa dan harapan agar dikuatkan iman, dikuatkan semangat untuk terus berjuang di medan yang tidak ada penghujungnya...

Monday 25 January 2010


Cikgu ucapkan Selamat Maju Jaya untuk semua pelajar Tingkatan 4 SMK Mutiara yang telah berjaya diterima masuk ke SM Teknik WP Labuan. Cikgu sentiasa mendoakan di mana sahaja kamu berada, kamu akan terus berjaya dalam pelajaran...Jangan lupa SMK Mutiara, guru-guru dan rakan-rakan kamu yang masih belajar di sini. All the best to you all!!!!

Thursday 21 January 2010

Tahniah dan syabas diucapkan untuk semua warga SMK Mutiara yang telah berjaya menjayakan program Merentas Desa peringkat sekolah. Untuk cikgu-cikgu yang bertungkus lumus bertugas, saya mengucapkan ribuan terima kasih...untuk pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan larian syabas dan tahniah cikgu ucapkan...Anda semua adalah permata mutiara kami...
Guru-guru yang bertugas penuh dedikasi...Chaiyok...Chaiyok Saya bangga dengan anda semua!!!!
Guru=guru turut bersemangat...Semangat Satu Mutiara!!!!! Kita pasti Boleh!!!!!...
Pelajar Pendidikan Khas turut sama berlari...
Pelepasan oleh Puan Pengetua...
Dorongan dan semangat yang ditunjukkan oleh bapa pelajar yang turut berlari...Mutiara terus Mara ke depan!!!..
Pelajar Lelaki Bawah 18 Tahun..
Pelajar Perempuan Bawah 18 Tahun...
Seorang bapa turut sama berlari dalam Program Merentas Desa, semangat ini amat kami alu-alukan untuk ibu bapa terlibat sama dalam Program yang dianjurkan oleh sekolah...Terima kasih

Wednesday 20 January 2010

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar menulis - baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...

1979 - Usman Awang

Tuesday 19 January 2010






AJK Badan Kebajikan SMK Mutiara yang diketuai oleh Pn. Nazirah binti Osman telah memberi Bantuan Pakaian seragam sekolah kepada pelajar-pelajar SMK Mutiara yang kurang berkemampuan, diharap dengan bantuan ini akan dapat meringankan beban pelajar dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi.

Semangat saling bantu membantu dan saling bekerjasama memang sangat-sangat dititikberatkan oleh semua warga sekolah. Mana yang memerlukan pertolongan akan kita usahakan untuk meringankan bebanan mereka, SMK Mutiara adalah untuk kita dan kita adalah untuk SMK Mutiara...




Pelancaran Laman Web SMK Mutiara telah dilancarkan pada 11 Januari 2010. Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan untuk En. Awang Ibrahim bin Talib Pemangku YDP PIBG SMK Mutiara yang telah memberi sumbangan kewangan untuk membina Laman WEB sekolah ini. Pelancaran ini juga telah dirasmikan oleh En. Awang Ibrahim sendiri...segala jasamu tetap kami sanjungi dengan doa Allah akan membalas dan memberkatinya...
Tahniah juga saya ucapkan kepada AJK Laman Web sekolah yang diketuai oleh En. Mahazi guru Penyelaras ICT/Bestari SMK Mutiara. Kehadiran Laman Web ini meningkatkan lagi pencapaian ke arah pembestarian sekolah. Saya berharap dengan adanya Laman Web ini akan menjadi wadah kepada semua warga SMK Mutiara untuk berkongsi maklumat, idea dan memartabatkan SMK Mutiara yang kita cintai ini. Semoga sekolah kita akan terus maju ke arah ke hadapan dan kita tidak akan menoleh ke belakang lagi, kecuali untuk muhasabah diri dan membuat refleksi ke arah yang lebih baik...

Monday 18 January 2010

GURU...







Guru adalah...
Pendandan iman, penjana taqwa
Penggubah hemah, penjalin disiplin
Penyumbi budi, perapi pekerti
Pembancuh roh, pemateri peribadi
Pengukir daya fikir, penyolek intelek
Pencanai perangai, pemintal amal
Penyala daya cipta, perona rupa
Pengolah tingkah, penggembur tassawur
Pemahat semangat, penala daya usaha
Pencanting daya saing, pemilih yakin
Pelentur tutur, pengarca bahasa
Pengandam azam, pembaja cita-cita
Penggilap sikap, penyusun santun
Pemahat minat, penggilat bakat
Pensasa raga, pencerna pesona

Guru adalah muaddib bijaksana
Tekun sabar mengadun tamaddun
Bagai lilin memperkasakan watak
Guru adalah murabbi cendekiawan
Gigih adalah meramu ilmu
Bagai obor mengupayakan minda
Guru adalah mufakkir istimewa
Giat rajin membaja jati diri
Bagai lampu menjelitakan wibawa
Guru adalah mursyid pendeta
Jujur ikhlas mewarna budaya
Bagai lentera memperkayakan etika
Guru adalah mujjahid peka
Iltizam istiqomah melepa jiwa
Bagai bara mewajakan maruah
Guru adalah mu'alim mempesona
Budiman ihsan mengukir wawasan
Bagai unggun menceriakan impian...

Sunday 17 January 2010









Thursday 14 January 2010

SELAMAT HARI JADI



Selamat Hari Jadi saya ucapkan untuk :
1. Pn. Azizah Idris @ Othman 6 Jan
2. En. Pangeran Kalong Pg. Mahmud 13 Jan
3. Cik Shirley Anyie 21 Jan
4. Pn. Nazirah Osman 22 Jan
5. Pn. Kimnon Chong Kiat 16 Jan
6. Pn. Jainah Mohamad 18 Jan
7. Pn. Teo Geok Lin 31 Jan
8. Pn. Wan Ashibah Wan Ibrahim 9 Jan
9. Cik Yeo Su Mui 6 Jan
10. En. Rosli Awang Tengah 21 Jan

semoga diberkati selamat sejahtera sepanjang masa...

Wednesday 13 January 2010

Seorang Manusia...

Seorang Manusia...
Yang sering dipersenda
belajar menjadi pendiam
Yang hidup dengan cercaan
belajar mencerca

Seorang manusia...
Yang hidup selalu dicurigai
belajar menjadi pembohong
Yang hidup dengan penuh pertelagahan
belajar untuk menjadi agresif

Seorang manusia...
Yang hidup dengan dorongan
membesar dengan penuh keyakinan
yang hidup dengan kebenaran
percayakan keadilan

Seorang manusia...
Yang hidup dengan puji-pujian
belajar untuk menghargai
yang hidup berkongsi
belajar bertimbang rasa

Seorang manusia...
Yang hidup dengan ilmu pengetahuan
menghargai kebijaksanaan
yang hidup dengan kesabaran belajar menjadi toleransi

Seorang manusia...
Yang hidup dengan keriangan
akan menemui kasih sayang dan keindahan...

Tuesday 12 January 2010

GURU

seorang insan bernama guru
dialah paling banyak mendepani kepayahan
apabila diterpa ribut, hujan dan terik mentari
dicubanya menolak halangan ke sisi
menepis desak ke kiri dan ke kanan
himpitan dan tuntutan peribadi disembunyi
sambil meremehkan keinginan naluri

Dia guru yang sentiasa menggurui alam
dia pendidik yang yakin dengan kuasa ilmu
katanya untuk mengenal pohon camkan daunnya
untuk mengetahui rasa tiliklah pada buahnya
kerana daun tidak akan mengubah pohon
bunga pula tidak memalsukan buah
dan mana buah yang memesongkan rasa?

Dia pendidik yang percaya akan kata-kata
keramat bahawa ilmu itu diam di mulut guru;
setitis di ludahnya menjadi selautan
sekepal dijampinya menjadi sedaratan
sejengkal dijelmanya menjadi sepelaungan

Dialah guru
kuntuman senyum semanis madu
redup wajah serimbunan pohon
kasih sayang di hatinya melimpah ke daratan
kejujuran dan keikhlasan bekerja seteguh gunung

Kaulah guruku
di SMK Mutiara

;;

Template by:
Free Blog Templates