Monday 1 February 2010

BAGAIMANA MENDAPATKAN IDEA ...


1. Innovate - Mengubah cara kita melakukan sesuatu. Ia memerlukan kita untuk mempelajari perkara baru, menambahkan ilmu pengetahuan kita. Membaca semua bahan yang berkaitan dengan idea yang ingin kita ketengahkan itu. Meneroka cara-cara baru berfikir (berfikir di luar kotak kebiasaan). Melihat halangan-halangan yang biasa mempengaruhi keinginan, kegemaran, kerja, keluarga dan tugas kita supaya semua halangan itu tidak menganggu idea kita, seterusnya mewujudkan tema tertentu dan berikan sinergi kepada matlamat kita supaya kita mempunyai keinginan yang besar untuk menjadikan idea kita itu satu kenyataan.

2. Detach - Kurangkan perkaitan emosi kita dan paculah ke arah objektif yang hendak kita capai. Bebaskan diri kita daripada kebiasaan. Jangan terikat dengan cara biasa kita untuk menyelesaikan masalah. Lakukan percubaan dengan berani, dengan membayangkan bahawa masalah itu seumpama sebuah puzzle yang kita boleh rungkai, bina, merungkai dan memasangnya berulang kali dengan membuat penambahbaikan pada setiap kali proses itu diulangi.

3. Escape - Kadang kala kita perlu berhenti sekejap untuk kita membuat refleksi. Keperluan untuk berehat dan berhenti seketika seperti tidur sebentar, melakukan senaman ringan, mendengar muzik, berbincang dengan kawan untuk menjadikan kita lebih tenang, lebih berkeupayaan dan lebih kreatif. Kita bersedia dengan tenaga yang telah pulih dan sikap yang betul untuk meneruskan kerja kita kembali.

4. Act - idea tanpa diterjemahkan dalam bentuk tindakan tidak akan bermanfaat kepada sesiapa pun. Idea yang digabungkan dengan tindakan akan menjadikan ianya berguna dan bernilai. Setiap idea hendaklah direalisasikan untuk dikongsi dengan dunia luar...

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates