Tuesday 9 March 2010


Untuk semua pelajar lepasan SPM SMK Mutiara, cikgu doakan kejayaan kamu, semoga kamu semua dapat keputusan yang cemerlang, gemilang, terbilang yang boleh membanggakan ibubapa, guru dan sekolah...apa-apapun all the best to you all...

Thursday 4 March 2010

Selamat Menjalani Ujian Bulan Mac untuk semua pelajar SMK Mutiara yang bermula daripada 4 Mac. Cikgu mendoakan semoga semua pelajar akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran...

Dalam hidup ini kita perlu MENGHAYATI 5 T iaitu:

TUMPU - Berikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran, fokus masa cikgu mengajar, tidak faham terus bertanya pada cikgu, tumpukan sepenuh tenaga dan usaha untuk majukan diri dalam pelajaran, latihan kerja rumah jangan bertangguh, sentiasa memberi ruang dan masa untuk mengulang kaji pelajaran

TEKAD - Tanamkan tekad untuk ke Universiti atau mencapai kejayaan yang tertinggi dalam pelajaran. Tekad untuk menjadi orang-orang yang cemerlang dalam hidup. Seseorang mesti mempunyai impian dan wawasan yang terbaik untuk hidupnya. Kamu mesti mempunyai wawasan apa yang kamu mahu jadi 20 tahun akan datang. Simpan impian itu dan bertekad untuk mencapainya nanti

TEKUN - Untuk berjaya dalam hidup, kita mesti tekun dalam membuat sesuatu, anda sebagai seorang pelajar mestilah tekun dalam pelajaran, tekun membaca, tekun membuat kerja latihan yang disuruh oleh guru, tekun membuat kerja projek sekolah, tekun mendengar semasa guru mengajar, tekun mendengar nasihat daripada ibu bapa, pengetua dan guru. Jangan hanya 5 minit kamu tekun belajar dan sepanjang hari kamu bermain. Keadaan ini tidak mungkin membuatkan kamu berjaya.

TABAH - Dalam hidup kita ini, kita perlu tabah menghadapi segala cubaan dan halangan yang mungkin terdapat dalam hidup kita. Di dalam perjalanan hidup kita mungkin kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan masalah, untuk berjaya, kita mesti tabah menghadapinya. Sekiranya jati diri kita tidak kuat, kita akan tumbang dengan hanya sedikit masalah yang kita hadapi. Oleh itu ketabahan perlu ada untuk kita berjaya

TAWAKKAL - Akhir sekali, kita perlu tawakkal kepada Tuhan selepas segala usaha yang telah kita buat, doa sentiasa untuk kejayaan. Walaupun kita sudah berusaha sebaik mungkin tapi kalau tidak mendapat keredhaan Tuhan kita tidak akan mendapat keberkatan Nya...

Pelajar semua, cuba hayati 5 T ini dalam hidup anda....insyaallah, anda semua akan berjaya suatu hari nanti dan cikgu akan tumpang bergembira dan berbangga mempunyai murid seperti kamu semua....

;;

Template by:
Free Blog Templates