Thursday, 28 January 2010
Pelbagai cara untuk kita menyubur dan mengembangkan potensi kreativiti dalam diri kita, berikut disenaraikan beberapa langkah yang boleh membantu kita ke arah itu;
1. Visualize - terjemahkan idea kita ke dalam bentuk yang boleh digambarkan. Buat satu gambaran yang jelas setiap langkah untuk mencapai apa yang kita hajati dalam pembentukan idea kita itu. Gambaran itu hendaklah memperlihatkan kejayaan idea kita itu sepenuhnya walaupun masih dalam perancangan lagi. Gambaran itu juga mestilah memberitahu kita secara tepat di mana kita harus bermula.
2. Put the pen to paper - Menulis sendiri lakaran idea ke atas kertas, ini akan merangsangkan minda untuk melakukan pemeringkatan dalam tindakan kita berikutnya, simpan lakaran kita itu dan sentiasa melihatnya untuk membuat penambahbaikan dan motivasikan diri untuk melaksanakan apa yang telah kita lakarkan itu untuk menjadi kenyataan.
3. Be open to change - Adalah sukar untuk seseorang bersifat kreatif apabila kita berada dalam situasi yang rutin. Kita harus menambahkan aktiviti mental dan fizikal dalam usaha untuk menambahkan kreativiti. Ini kerana kreativiti itu sendiri berasal daripada dua patah perkataan iaitu create and activity (cipta dan melakukan tindakan /aktiviti). Jadikan diri kita sendiri terkejut dengan penemuan kita sendiri. belajar lebih, lebihkan mencuba, cuba lakukan banyak perkara. Semuanya ini akan membuat kita teruja untuk berubah dan melakukan perubahan. Kita hendaklah berusaha untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat dalam sesuatu perkara yang hendak kita ubah, membuang mana-mana maklumat yang tidak bermanfaat kemudian gunakan cara dan gaya kita sendiri, personaliti dan kebijaksanaan kita untuk mencipta sesuatu yang lebih baik daripada biasa....
SELAMAT MENCUBA...
Tuesday, 26 January 2010
Kepada semua pemimpin-peminpin pelajar SMK Mutiara, Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya, saya mengucapkan Tahniah dan Syabas di atas perlantikan anda semua sebagai pemimpin kecil Sekolah. Harapan cikgu agar kamu semua dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan sempurna, anggaplah ini merupakan sumbangan dan khidmat bakti anda untuk SMK Mutiara yang tercinta ini. Segala khidmat yang telah dan akan anda berikan untuk sekolah cikgu sangat berterima kasih. Tapi satu sahaja pesan cikgu...sebelum anda membimbing dan memimpin pelajar lain, bimbinglah dan pimpinlah diri anda sendiri terlebih dahulu supaya diri anda sendiri dapat memberi gambaran yang baik kepada semua pelajar yang anda bimbing dan pimpin itu. Selamat bertugas putera-puteriku...Cikgu bangga dengan anda semua!!!! All the Best !!!!
Semakin sehari semakin banyak cabaran yang mendatang, tapi cabaran inilah yang akan mematang dan mendewasa dan mentuakan kita dalam pemikiran...Buah kelapa yang semakin tua semakin banyak santannya...itulah yang manisnya kehidupan...Hanya dengan doa dan harapan agar dikuatkan iman, dikuatkan semangat untuk terus berjuang di medan yang tidak ada penghujungnya...
Monday, 25 January 2010
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA PELAJAR SMK MUTIARA YANG BERPINDAH KE SM TEKNIK LABUAN
0 comments Posted by zam2404 at 00:44
Cikgu ucapkan Selamat Maju Jaya untuk semua pelajar Tingkatan 4 SMK Mutiara yang telah berjaya diterima masuk ke SM Teknik WP Labuan. Cikgu sentiasa mendoakan di mana sahaja kamu berada, kamu akan terus berjaya dalam pelajaran...Jangan lupa SMK Mutiara, guru-guru dan rakan-rakan kamu yang masih belajar di sini. All the best to you all!!!!
Thursday, 21 January 2010
Tahniah dan syabas diucapkan untuk semua warga SMK Mutiara yang telah berjaya menjayakan program Merentas Desa peringkat sekolah. Untuk cikgu-cikgu yang bertungkus lumus bertugas, saya mengucapkan ribuan terima kasih...untuk pelajar-pelajar yang telah berjaya menamatkan larian syabas dan tahniah cikgu ucapkan...Anda semua adalah permata mutiara kami...Guru-guru yang bertugas penuh dedikasi...Chaiyok...Chaiyok Saya bangga dengan anda semua!!!!
Guru=guru turut bersemangat...Semangat Satu Mutiara!!!!! Kita pasti Boleh!!!!!...
Pelajar Pendidikan Khas turut sama berlari...
Pelepasan oleh Puan Pengetua...
Dorongan dan semangat yang ditunjukkan oleh bapa pelajar yang turut berlari...Mutiara terus Mara ke depan!!!..
Pelajar Lelaki Bawah 18 Tahun..
Pelajar Perempuan Bawah 18 Tahun...
Seorang bapa turut sama berlari dalam Program Merentas Desa, semangat ini amat kami alu-alukan untuk ibu bapa terlibat sama dalam Program yang dianjurkan oleh sekolah...Terima kasih
Wednesday, 20 January 2010
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita lampu segala
Untuk manusia sebelum dewasa
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya hikmat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar menulis - baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat...
1979 - Usman Awang
Tuesday, 19 January 2010
AJK Badan Kebajikan SMK Mutiara yang diketuai oleh Pn. Nazirah binti Osman telah memberi Bantuan Pakaian seragam sekolah kepada pelajar-pelajar SMK Mutiara yang kurang berkemampuan, diharap dengan bantuan ini akan dapat meringankan beban pelajar dan memberi motivasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih tekun lagi.
Semangat saling bantu membantu dan saling bekerjasama memang sangat-sangat dititikberatkan oleh semua warga sekolah. Mana yang memerlukan pertolongan akan kita usahakan untuk meringankan bebanan mereka, SMK Mutiara adalah untuk kita dan kita adalah untuk SMK Mutiara...