Tuesday, 12 January 2010
seorang insan bernama guru
dialah paling banyak mendepani kepayahan
apabila diterpa ribut, hujan dan terik mentari
dicubanya menolak halangan ke sisi
menepis desak ke kiri dan ke kanan
himpitan dan tuntutan peribadi disembunyi
sambil meremehkan keinginan naluri
Dia guru yang sentiasa menggurui alam
dia pendidik yang yakin dengan kuasa ilmu
katanya untuk mengenal pohon camkan daunnya
untuk mengetahui rasa tiliklah pada buahnya
kerana daun tidak akan mengubah pohon
bunga pula tidak memalsukan buah
dan mana buah yang memesongkan rasa?
Dia pendidik yang percaya akan kata-kata
keramat bahawa ilmu itu diam di mulut guru;
setitis di ludahnya menjadi selautan
sekepal dijampinya menjadi sedaratan
sejengkal dijelmanya menjadi sepelaungan
Dialah guru
kuntuman senyum semanis madu
redup wajah serimbunan pohon
kasih sayang di hatinya melimpah ke daratan
kejujuran dan keikhlasan bekerja seteguh gunung
Kaulah guruku
di SMK Mutiara
0 comments:
Post a Comment